Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar
dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen
kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi
mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan
individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan
bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul
di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan
silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam
pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik
seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui
amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan
sumber secara berkesan.
Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu
dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang
digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat
untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru
merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan